suria

Lelaki belasah anak saudara berusia 10 tahun, mahu beri pengajaran kerana curi wang nenek

Tangkap layar memaparkan pelaku membelasah anak saudaranya kerana mencuri wang. -Gambar media sosial

VIDEO memaparkan seorang lelaki memukul kanak-kanak perempuan yang tular di media sosial telah mencetuskan kemarahan netizen.

Kejadian dilaporkan berlaku di rumah mangsa di Bulukumba, Sumatera Selatan, pada Ahad lalu sekitar jam 5 petang.

Memetik laporan Tribun Jateng, lelaki yang dikenali sebagai FR, 44, merupakan bapa saudara kepada mangsa yang berusia 10 tahun.

Difahamkan, lelaki berkenaan bertindak sedemikian kerana mangsa sering mengambil wang neneknya tanpa kebenaran dan dia kononnya mahu memberi pengajaran kepada kanak-kanak tersebut.

Menerusi video yang tular, kelihatan lelaki tersebut mencengkam kaki dan menghempas badan mangsa ke lantai.

Walaupun mangsa menangis meminta belas kasihan, lelaki berkenaan tidak menghiraukannya malah terus menendang dan menampar mangsa.

Lebih memilukan, dia juga dikatakan membakar tangan mangsa menggunakan mancis.

Ibu mangsa segera membuat laporan kepada pihak berkuasa setelah mengetahui insiden tersebut.

Lelaki berkenaan kemudian ditahan polis dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain