suria

Wanita ‘naik hantu’ ditegur buang sampah tepi jalan... Dakwa tak nampak papan tanda larangan, sepatutnya tiada halangan

Tangkap layar video yang tular di media sosial.

WARGA maya mengecam tindakan pemandu dan penumpang sebuah kereta kerana membuang sampah di tepi jalan.

Menerusi kejadian di Jawa Barat, Indonesia, kereta yang dinaiki empat individu itu dilihat sedang berada di tepi jalan.

Seorang pemuda membuat rakaman video sambil menegur mereka kerana membuang sampah di lokasi itu.

Namun, seorang wanita berbaju kuning keluar daripada kereta dan mula meninggikan suaranya.

Menurut individu itu, dia tidak sepatutnya ditegur kerana tiada papan tanda yang melarang perbuatan membuang sampah di kawasan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita mengamuk, serang suami di kafe... Rupanya ‘dating’ dengan janda, siap bawa anak

"Tiada papan tanda larangan buang sampah, jadi boleh buang sesuka hati? Ada tong sampah, tetapi bukan di tepi jalan," tegur pemuda yang membuat rakaman video itu.

Penumpang wanita itu turut menunjukkan timbunan sampah lain yang berselerak di tepi jalan, sambil mendakwa ramai penunggang motosikal turut melakukan perkara yang sama.

Tidak lama kemudian, seorang lagi penumpang wanita di bahagian belakang turut keluar dan mula melontarkan kata-kata kesat kepada perakam video.

Susulan video tular itu, netizen menggesa orang ramai untuk menjejaki identiti pelaku yang membuang sampah di lokasi itu.

Malah, mereka turut berharap agar mereka dikenakan tindakan kerana mencemarkan alam sekitar. - Agensi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain