suria

Bapa ‘restu’ hubungan sulit, tahu anak lelaki umur 16 tahun lakukan seks dengan cikgu sendiri

Hailey Clifton-Carmack berdepan hukuman penjara atas kesalahan menjalinkan hubungan sulit dengan muridnya. -Foto Garden Ridge Police Department

SEORANG guru wanita berdepan hukuman penjara selama empat tahun selepas dia mengaku bersalah melakukan hubungan seks dengan pelajarnya yang berusia 16 tahun.

Hailey Clifton-Carmack, 26, dari Missouri, Amerika Syarikat (AS) ditahan pada Januari selepas seorang pelajar melaporkan hubungan terlarang itu kepada pegawai sekolah.

Guru Matematik itu pada awalnya menafikan dakwaan berkenaan ketika disoal siasat oleh pegawai penyiasat.

Bagaimanapun, polis merampas telefonnya dan menemui perbualan yang mendedahkan hubungan terlarangnya dengan pelajar lelaki itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Cikgu tampar murid gara-gara tak siap kerja sekolah, ibu terus bawa anak jalani pemeriksaan di hospital

Lebih mengejutkan, guru itu melakukan hubungan seks dengan pelajar berkenaan di dalam waktu persekolahan.

Bapa pelajar itu, Mark Creighton, turut ditahan pada Januari lalu kerana didakwa gagal melaporkan tindakan guru itu selepas dimaklumkan oleh saksi lain.

Dokumen mahkamah mendedahkan bahawa Creighton mengaku mengetahui tentang hubungan seksual itu dan membenarkannya diteruskan. - Agensi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain