suria

Wanita seksi melepak tepi belukar undang tanda tanya, rupanya tawar servis ‘istimewa’ kepada pejalan kaki

Pendedahan mengejutkan dibuat oleh seorang wartawan penyamaran.

MENJADI kerisauan penduduk apabila kelibat wanita berpakaian seksi dilihat mundar-mandir berhampiran sebuah belukar di Kranji, Singapura.

Akhirnya persoalan terjawab apabila wartawan daripada sebuah portal berita tempatan membuat tinjauan ke kawasan berkenaan pada Khamis lalu, sekitar pukul 10 malam.

Ternyata tempat itu merupakan lubuk aktiviti persundalan yang dilakukan secara haram di sebalik semak samun.

Berdasarkan pemerhatian wartawan terbabit, sejumlah wanita berpakaian menjolok mata dan mengenakan mekap tebal cuba menggoda pejalan kaki yang lalu-lalang supaya melanggan khidmat seks mereka.

Sekiranya ada jejaka yang termakan 'umpan', mereka akan dibawa ke dalam belukar untuk diberikan layanan pemuas nafsu.

Seorang lelaki yang merupakan kakitangan di sebuah kilang kereta, Zhang, 38, berkata dia pernah melalui lokasi terbabit sebagai jalan pintas untuk ke pejabat pada waktu malam, dia ketika itu bekerja lebih masa.

"Saya sangat terkejut apabila terserempak dengan kegiatan pelacuran itu. Dua wanita memandang saya atas bawah, saya dapat merasakan mereka mempunya niat serong. Selepas itu mereka melambai kepada saya.

"Saya terus berlalu pergi tanpa menghiraukan mereka," ujar Zhang.

Ketika melawat lokasi, wartawan terbabit turut mengambil kesempatan untuk berbual dengan wanita warga asing tersebut yang dipercayai adalah pekerja seks.

Apabila diajukan soalan cepumas mengenai servis tidak bermoral ditawarkan oleh mereka, wanita berkenaan akhirnya membuat pengakuan yang cukup mengejutkan.

"Wanita itu mengiyakan bahawa mereka menerima pelanggan untuk tujuan seks, malah rakannya pula dikatakan merupakan seorang lelaki yang berpakaian sebagai wanita.

"Saya dicaj 20 dolar Singapura (RM66) oleh wanita itu, apabila selesai bayaran, saya dibawa ke dalam kawasan belukar yang terasing daripada jalan utama.

"Kondom disediakan, menurut wanita itu mereka tidak akan memberikan servis tanpa kondom," jelas wartawan tersebut. - The New Paper

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain