suria

4 anak maut rumah terbakar ketika ibu keluar beli-belah, jiran sayu dengar jeritan minta tolong

Deveca (kanan) didakwa meninggalkan empat anaknya di rumah ketika kejadian. Foto PA

EMPAT kanak-kanak lelaki yang maut dalam kebakaran ditinggalkan bersendirian di rumah ketika ibu mangsa keluar membeli-beli, menurut mahkamah.

Kejadian kebakaran itu berlaku di Sutton, London, tiga tahun lalu.

Deveca Rose, 29, didakwa meninggalkan dua pasang kembar, Leyton dan Logan Hoath yang berusia tiga tahun, serta Kyson dan Bryson Hoath berusia empat tahun dengan keadaan rumah teres mereka dikunci.

Ketika keluar rumah, rokok atau lilin dipercayai dibuang di ruang tamu menyebabkan berlakunya kebakaran di rumah berkenaan, kata juri perbicaraan kes berkenaan.

Anggota forensik membuat siasatan di lokasi kejadian. - Foto PA

Pasukan penyiasat di lokasi kejadian. Foto PA

Menurut keterangan mahkamah, jiran-jiran memaklumkan mereka terdengar semua kanak-kanak lelaki itu berulang kali menjerit mengenai kebakaran di rumah mereka.

Pegawai stesen London Fire Brigade, Darren Woodhams, memberitahu juri bahawa terdapat pengesan asap di tingkat atas rumah tetapi tidak berfungsi kerana tiada bateri.

Sementara itu, seorang jiran dikejutkan tentang kebakaran oleh seorang pejalan kaki yang mengetuk pintunya. Dia membuat panggilan pertama daripada empat panggilan kepada bomba, menyatakan terdapat mangsa kanak-kanak di dalam rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki 53 tahun cedera dalam kebakaran, premis musnah 70 peratus

ARTIKEL BERKAITAN: Pelari maraton Olimpik Paris maut dibakar teman lelaki... Luka kebakaran lebih 75 peratus

Malah, terdapat jiran yang cuba masuk ke rumah dan menyelamatkan mangsa. Namun, mereka tidak dapat masuk disebabkan api yang marak di ruang tamu.

Lapan unit bomba dikerahkan ke lokasi kejadian di Collingwood Road, pada 16 Disember 2021.

Dua anggota bomba yang memakai alat pernafasan dan membawa kamera pengimejan masuk untuk menyelamatkan kanak-kanak. Mereka menemui seorang kanak-kanak di bawah katil sebelum menemukan tiga lagi juga di bawah katil.

Juri memaklumkan Logan adalah kanak-kanak pertama disahkan meninggal dunia pada 8.39 malam, diikuti oleh Leyton pada 8.40 malam, Kyson pada 9.12 malam dan Bryson pada 9.36 malam. Punca kematian disebabkan tersedut asap kebakaran.

Perbicaraan kes berkenaan masih diteruskan. - Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain