SEORANG lelaki ditahan polis selepas dia didakwa mengacukan pistol ke arah pemandu ambulans. Dalam kejadian di Desa Persanga, Indonesia, suspek dikatakan tidak berpuas hati kerana jenazah kakaknya tidak dihantar ke rumah keluarganya. Menurut polis Daerah Sumenep, suspek mengamuk kerana jenazah wanita itu dihantar ke rumah suaminya pada Selasa. Selain suspek, sembilan lagi ahli keluarganya turut menghalang laluan ambulans berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Tempat parking kecoh, tiga mak-mak keluarkan pistol - “Kami kutuk, cakap depan-depan” Sambil mengacukan pistol, suspek memberitahu pemandu ambulans agar menghantar jenazah wanita itu ke rumah ibu bapanya. Pemandu yang ketakutan akhirnya akur dan mengikut arahan tersebut. Susulan itu, mangsa membuat satu laporan sebelum suspek ditahan bersama sepucuk pistol mainan. Suspek kini ditahan dibawah Akta 335 (1) KUHP kerana melakukan ugutan dengan kekerasan. - Agensi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube