DUA pelancong berdepan detik cemas apabila mereka terkandas di udara ketika melakukan aksi zipline pada 2 Oktober. Dalam kejadian di Gunung Baiyun, China, zipline sepanjang 1,500 meter itu tiba-tiba berhenti ketika ia menghampiri 10 meter terakhir menuju ke plaform pendaratan. Ia menyebabkan dua mangsa tergantung di udara sebelum mereka diselamatkan oleh petugas zipline. ARTIKEL BERKAITAN: Cemas! Zipline berhenti mengejut ketika rentas air, remaja ‘buat hal’ nyaris kena ngap dengan jerung - “Masih lagi bernyawa, aku bersyukur” Sementara itu, jurucakap syarikat pengendali aktiviti zipline itu berkata berat badan mangsa yang terlalu ringan menjadi punca kejadian berkenaan. "Biasanya ada pengunjung yang tersangkut di udara akibat angin kencang, ia satu situasi yang normal, apatah lagi untuk mereka yang badannya ringan. "Pengunjung sepatutnya perlu memiliki berat badan 48 kilogram (kg) ke atas untuk bermain zipline. "Mereka yang memiliki berat kurang 48 kg juga boleh mencuba zipline, tapi mereka mungkin akan tersangkut di udara," jelas jurucakap syarikat itu. - Agensi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube