SEORANG pemuda gay berusia 25 tahun ditahan polis selepas dia menyamar sebagai wanita untuk memperdaya ramai lelaki. Suspek yang dikenali sebagai Adisak ditahan pada Isnin di rumahnya di wilayah tengah Chachoengsao, Thailand. Perbuatan Adisak terbongkar selepas salah seorang mangsanya membuat laporan polis. Menurut mangsa itu, Adisak yang menyamar sebagai wanita mengajaknya untuk melakukan panggilan video lucah. Adisak kemudiannya merakam sesi panggilan video itu itu dan mengugut untuk menyebarkannya jika mangsa enggan membayar sejumlah wang. ARTIKEL BERKAITAN: Kahwini lelaki gay, isteri dah 3 tahun tak disentuh cari kekuatan untuk angkat kaki - “Kalau dasar pelangi, susah nak ubah” Mangsa membuat laporan polis sebelum siasatan mendapati akaun media sosial 'wanita jelita' itu sebenarnya dikendalikan oleh Adisak. Semasa ditangkap, polis menggeledah telefon bimbit Adisak dan mendapati dia mengendalikan beberapa akaun palsu dengan nama pengguna @mint_m_m3, @ksnj655, dan @Javjj26. Adisak yang berbadan gempal menggunakan gambar wanita cantik untuk menarik perhatian mangsanya. Lebih daripada 100 lelaki ditipu, malah ada yang tidak menyedari kegiatan jenayah ini sehinggalah mereka dihubungi oleh polis. - Agensi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube