suria

Lelaki serang guru di sekolah, dakwa jalin hubungan sulit dengan isteri... Ada video ‘bersama’ di hotel

Lelaki mendakwa seorang guru menjalinkan hubungan sulit dengan isterinya. -Gambar hiasan

SEORANG guru dibelasah di sekolah gara-gara didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan isteri orang.

Susulan insiden itu, mangsa dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Kejadian berlaku di sebuah sekolah menengah di Kabupaten Ngawi, Jawa Timur di Indonesia, pada 2 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Karangjati, AKP Sugeng Wahyudi mengesahkan insiden itu memberitahu, mangsa diserang oleh suami kepada seorang guru di sekolah sama.

"Suspek berusia 36 tahun bertindak memukul guru berkenaan kerana cemburu mengesyaki mangsa menjalinkan hubungan sulit dengan isterinya," kata Sugeng.

Mangsa yang mengalami kecederaan di pipi, telinga dan perut dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.

Selain mendakwa menjalinkan hubungan sulit, suspek turut mempunyai video mangsa bersama isterinya di beberapa hotel di Kabupaten Ngawi.

"Suspek mendakwa mempunyai video mangsa bersama isterinya di hotel," tambah Sugeng.

Kes tersebut masih dalam siasatan. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain