SEORANG wanita berusia 43 tahun digelar Spider-Woman kerana kemahirannya memanjat tebing melebihi ketinggian 100 meter tanpa memakai sebarang peralatan keselamatan. Wanita dikenali sebagai Luo Dengpin yang berasal dari Guizhou, China itu merupakan satu-satunya wanita yang masih mempraktikkan tradisi purba Miao, iaitu memanjat dengan 'tangan kosong'. Kemahiran dan kecekapannya yang berjaya menakluk tebing setinggi 108 meter atau setara dengan bangunan 30 tingkat, membuatkan pengunjung benar-benar terpegun. ARTIKEL BERKAITAN: Tak mampu beli barang original, remaja cipta helmet superhero Star Wars guna kadbod je Kebolehan Luo berasal daripada adat pengebumian tradisi masyarakat Miao, yang menyemadikan jasad di cenuram tinggi kerana percaya ia membolehkan roh si mati melihat tanah air mereka. Pada awalnya, Luo mula memanjat pada usia 15 tahun yang dipelajari daripada bapanya. Malah, dia tergerak hati untuk bersaing dengan kanak-kanak lelaki dan mencari rezeki dengan mengumpul herba serta najis burung untuk dijadikan baja. Kini kemahiran itu menjadi sumber pendapatan apabila dia mempamerkan kehandalannya di hadapan pelancong untuk tujuan hiburan dan mempromosikan kawasan pelancongan. "Pelancong mahu saksikan macam mana kami cari gerba dan mereka bayar untuk menontonnya. Pendapatan saya mungkin tak tinggi tapi saya bangga menjadi Spider-Woman,"ujarnya. - Agensi Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube