suria

Pemilik kereta Mercedes herdik, enggan bayar upah pemandu! Dakwa bau badan terlalu kuat

Rakaman papan pemuka memaparkan detik kejadian.

TIDAK wajar untuk menghina seseorang kerana paras rupanya.

Gempar di paltform media sosial apabila seorang pemilik kereta jenis Mercedes di Korea Selatan memarahi pemandunya kerana dikatakan mempunyai bau badan yang kuat.

Difahamkan pemilik kereta tersebut mendapatkan khidmat pemandu kerana dia mempunyai kandungan alkohol yang tinggi di dalam badan selepas meminum arak dan tidak berupaya untuk memandu sendiri.

Malah lebih kejam apabila pemilik kereta tersebut enggan membayar upah berjumlah 25,000 won (RM79) kepada pemandu berkenaan setelah menggunakan khidmatnya.

"Saya tidak akan bayar upah kepada orang yang tidak mempunyai kesopanan ketika berurusan dengan pelanggan.

"Awak ni selayaknya jadi gelandangan saja, disebabkan saya duduk dengan awak baju saya sudah berbau," ujar pemilik kereta tersebut dalam nada biadab.

Menerusi rakaman papan pemuka yang menjadi tular, kelihatan pemandu itu berulang kali memohon maaf selepas dicerca oleh pemilik kereta terbabit. - KoreaTimes

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan