suria

Ibu meninggal dunia akibat serangan jantung, terkejut diberitahu anak perempuan ada video lucah

Ibu bapa pastinya kecewa jika anak mereka melakukan perbuatan terkutuk. -Gambar hiasan

SEORANG wanita meninggal dunia akibat serangan jantung selepas dia menerima panggilan palsu daripada seorang lelaki yang menyamar sebagai anggota polis.

Menerusi panggilan yang dibuat pada 30 September itu, mangsa yang juga seorang guru dimaklumkan anak perempuannya ditahan dalam kes pemerdagangan seks.

Lelaki itu turut meminta supaya mangsa membayar sejumlah wang sekiranya dia tidak mahu video lucah membabitkan anaknya disebarkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ponteng sekolah, 5 pelajar diserbu polis ketika shooting video lucah dalam rumah kosong

Selepas menerima panggilan berkenaan, mangsa yang menetap di Agra, Uttar Pradesh, India mula mengalami serangan jantung sebelum disahkan meninggal dunia di sebuah hospital.

Dalam pada itu, siasatan mendapati lelaki yang menyamar sebagai polis itu sebenarnya berasal dari Pakistan.

Polis kini sedang menyiasat kes berkenaan. - Agensi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan