SEORANG wanita didakwa dirogol dan kemudian cuba dibunuh oleh jirannya, sebelum dia dibiarkan di luar rumah. Kejadian dilaporkan berlaku di daerah Medinipur, India pada Sabtu. Menurut penduduk tempatan, mangsa dikatakan dilarikan dari rumahnya oleh seorang lelaki yang merupakan jirannya. Lelaki itu didakwa merogol mangsa dan kemudian memaksanya meminum racun dan meninggalkannya di luar rumah. Penduduk tempatan yang terlihat mangsa dalam keadaan yang kritikal bertindak menyelamatkannya dengan membawanya ke hospital. Bagaimanapun, dia meninggal dunia semasa diberi rawatan. Menurut polis, aduan telah dibuat terhadap lelaki berkenaan berhubung kejadian tersebut. Dalam masa yang sama, sekumpulan penduduk menyerbu rumah lelaki berkenaan dan menyerangnya dengan batang buluh, sejurus selepas berita kematian mangsa tersebar. Polis bergegas ke tempat kejadian dan tertuduh dimasukkan ke hospital kerana mengalami kecederaan. Siasatan lanjut sedang dijalankan, kata polis. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube