suria

Luahan meruntun jiwa... Lelaki dicurangi kerana miskin, akhirnya terpaksa ceraikan isteri - “Saya kecewa, tapi sedar diri”

Lelaki ini berkongsi kisah dicurangi isteri sendiri kerana miskin. -Gambar hiasan (kanan)

MELEPASKAN seseorang yang dicintai sepenuh hati bukanlah mudah.

Namun itulah pilihan terakhir yang terpaksa dilakukan seorang lelaki ini yang menceraikan isterinya kerana kemiskinan.

Menerusi perkongsian di akaun TikTok @kutipanx, lelaki yang dianggarkan dalam lingkungan usia 50an itu berkata dia terpaksa menceraikan isterinya, Ainun, kerana tidak mahu wanita itu sengsara kerana memiliki suami serba kekurangan sepertinya.

"Saya ceraikan dia kerana sedar diri. Ekonomi saya tidak mampu. Dia tidak bahagia hidup dengan saya. Kami menikah pada 1999.

"Pada awal pernikahan, ekonomi saya memang belum stabil tapi Ainun dengan tulus menerima saya. Bertahun-tahun menikah, ekonomi saya masih tiada kemajuan," luahnya.

Menurutnya lagi, perkahwinan mereka diuji lebih teruk apabila isterinya berlaku curang dengan lelaki yang jauh lebih baik daripada dirinya.

"Saya kecewa... namun saya sedar diri juga. Dia tak bahagia hidup dengan saya. Mungkin dia mencari lelaki yang lebih stabil daripada saya.

"Akhirnya saya menceraikan dia dan mereka kemudian menikah. Buat Ainun, kalau menonton video ini, sihat-sihat sahaja ya. Moga kamu hidup bahagia," luahnya.

Perkongsian kisah lelaki tersebut meraih 18.5 juta jumlah tontonan sehingga kini.

Di ruangan komen, rata-ratanya menzahirkan kata simpati selain mendoakan lelaki berkenaan turut menemui kebahagiaannya kelak.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain