suria

Mahasiswi maut terjun tingkat enam kampus, usaha memujuk tak berjaya

Tekanan yang dialami menjadi faktor seseorang nekad mengambil nyawa sendiri. -Gambar hiasan

SEORANG penuntut wanita di sebuah institusi pengajian tinggi maut selepas terjun dari tingkat enam bangunan kampusnya, dalam kejadian yang berlaku pada petang Jumaat.

Kejadian dilaporkan berlaku di kampus yang terletak di Grogol Petamburan, Jakarta Barat, Indonesia.

Menurut Ketua Perhubungan Awam Polis Metro Jaya, Ade Ary Syam Indradi, sebelum kejadian, mangsa yang berusia 18 tahun dilihat berdiri di bahagian tepi tingkat enam bangunan kampusnya.

"Kemudian pihak keselamatan dengan bantuan beberapa individu lain memujuk mangsa untuk turun," ujarnya dalam laporan Detik.

Namun belum sempat usaha lain dilakukan, mereka terdengar bunyi seperti benda terjatuh dan bergegas ke arah bunyi terbabit sebelum menemukan jasad mangsa tertiarap di lorong kampus.

"Mangsa yang maut dipercayai membunuh diri dengan terjun dari tingkat enam," ujarnya lagi.

Bagaimanapun kes tersebut kini dalam siasatan pihak polis.

Sebagai peringatan, perbuatan membunuh diri adalah haram dalam Islam dan semua pihak perlu menjauhinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain