suria

8 tahun penuh derita, anak autisme didera bapa kandung... Diseret, ditendang, ditampar!

Rakaman CCTV menunjukkan mangsa didera oleh bapa kandung. Foto Agensi

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang menghidap autisme menjadi mangsa penderaan oleh bapa kandungnya.

Menurut ibu mangsa, penderaan itu berlaku sejak anaknya berusia tiga tahun, bermula sebagai 'hukuman biasa' tetapi semakin hari semakin ekstrem.

Kejadian berlaku di Surabaya, Indonesia.

Wanita berkenaan mendedahkan suaminya sering bertindak kasar terhadap anak mereka setiap kali berkelakuan di luar kawalan.

Malah, kekejaman suaminya itu turut dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di rumah, menunjukkan mangsa diseret, ditendang dan ditampar.

“Anak saya autisme, kadang-kadang dia mengamuk (tantrum). Suami saya tak mampu kawal emosi,” jelas ibunya.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak angkat usia 5 tahun didera sampai mati... Ada kesan koyak di kemaluan, badan penuh lebam-lebam!

Lebih membimbangkan, penganiayaan itu semakin kerap dan ekstrem sejak dua tahun kebelakangan ini.

Akibat keadaan semakin kritikal, ibu mangsa akhirnya membuat laporan polis pada 10 Jun lalu.

Laporan tersebut turut disertakan dengan hasil ujian X-ray yang menunjukkan kecederaan pada wajah mangsa.

Berdasarkan perkembangan terkini, bapa mangsa ditahan polis.

Sementara itu, Ketua Perhubungan Awam Polis Surabaya, AKP Haryoko Widhi mengesahkan menerima laporan tersebut dan menahan suspek.- Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain