suria

Jerit minta dilepaskan, sekumpulan lelaki ikat pengantin perempuan pada tiang telefon

MEDIA sosial digemparkan dengan tindakan sekumpulan rakan lelaki mengikat seorang pengantin perempuan pada tiang telefon, di hari perkahwinannya.

Video yang tular itu mencetuskan perdebatan dalam kalangan warga maya.

Kejadian yang berlaku di China itu bagaimanapun dikatakan sebagai sebahagian daripada gurauan terhadap pengantin dan menjadi adat majlis perkahwinan masyarakat setempat.

Pada akhir September lalu, tular di wilayah Shanxi di utara China menunjukkan beberapa lelaki mengikat seorang pengantin perempuan yang memakai pakaian tradisional perkahwinan pada tiang telefon menggunakan pita pelekat.

Dia menjerit meminta pertolongan dan cuba melarikan diri, tetapi tiada siapa yang campur tangan.

Budaya dan adat masyarakat setempat ada kalanya sukar diterima logik akal. Foto: Weibo

Pengantin perempuan diikat atas dasar gurauan oleh rakan-rakan. Foto Weibo

Bercakap kepada media tempatan, seorang rakan pengantin lelaki berkata, mereka adalah kawan pengantin lelaki sejak kecil.

Menurutnya, permainan itu bagaimanapun sudah dipersetujui oleh pasangan tersebut lebih awal.

"Membuat sedikit gempak pada majlis perkahwinan adalah adat tempatan kami, semuanya dilakukan dalam kalangan kawan rapat. Tiada bahaya yang dilakukan," katanya.

Katanya, pengantin lelaki turut hadir semasa kejadian dan mereka memastikan keselamatan pengantin perempuan. Justeru, mereka meminta orang ramai supaya tidak salah faham mengenai situasi tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Team ex-GF pengantin lelaki berhimpun buat kacau di majlis kahwin, mentua enggan bercakap selepas kejadian

ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin perempuan teruk dikecam gara-gara gambar ‘ikat’ bayi pada gaun tular di internet

Bagaimanapun, insiden tersebut mencetuskan kemarahan dan kecaman di media sosial.

"Membina kegembiraan atas penderitaan orang lain sungguh menjijikkan.

"Jika sesuatu terjadi pada pengantin perempuan, siapa yang akan bertanggungjawab?

"Adat perkahwinan vulgar ini adalah peninggalan zaman dahulu. Tiada alasan untuk menyakiti orang lain." antara komen diberikan.

Dalam perkahwinan tradisional China, **hun nao**, atau "gangguan perkahwinan" bertujuan untuk mewujudkan suasana meriah dan mengurangkan ketegangan pasangan pengantin.

Adat itu bermula sejak berabad-abad lamanya melibatkan ahli keluarga dan rakan-rakan menggunakan gelak tawa untuk menghalau roh-roh jahat.

Namun pada hari ini, ia telah merosot kepada jenaka kasar dan permainan yang tidak sesuai. -SCMP

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain