suria

Rompak, tikam pemandu e-hailing... Wanita mengaku terdesak perlukan wang untuk bercuti ke luar negara

Suspek berjaya diberkas orang awam selepas cuba merompak dan mencederakan seorang pemandu teksi. -Foto Tribun

SEORANG wanita ditahan polis kerana cubaan melakukan rompakan terhadap seorang pemandu e-hailing dan mencederakan lelaki berkenaan.

Kejadian dilaporkan berlaku di Surabaya, Jawa Timur.

Memetik laporan Okezonecom, kejadian bermula apabila suspek yang dikenali sebagai Maria Livia, 24, membuat tempahan perkhidmatan e-hailing menggunakan telefon bimbit milik orang lain.

Setibanya di kawasan perumahan Royal Park Residence Gunung Anyar, suspek secara tiba-tiba mencengkam leher mangsa menggunakan tali beg.

Gara-gara mangsa melawan, suspek akhirnya mengeluarkan sebilah pisau yang dibawanya dari rumah dan menikam mangsa.

Mangsa yang dalam kesakitan bergelut untuk keluar dari kereta.

Suspek kemudian membawa lari kereta mangsa dan ketika dalam situasi panik, dia merempuh kereta penduduk tempatan.

Suspek akhirnya berjaya diberkas penduduk sebelum diserahkan kepada polis.

Menurut Ketua Polis Gunung Anyar, Inspektor Hersa Fathoni, suspek mengaku cuba melakukan rompakan kerana terdesak memerlukan wang untuk berhijrah dan bercuti di Australia.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain