SEORANG murid perempuan darjah dua menjadi mangsa gangguan seksual yang didalangi tiga rakan sekelasnya. Kejadian berlaku di sebuah sekolah rendah swasta sekitar pukul 3.30 petang pada 28 Ogos di Jember, Indonesia. Insiden turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di sekolah berkenaan. Pelajar berusia 8 tahun itu kini mengalami trauma dan enggan hadir ke sekolah. Menurut keluarga mangsa, Isna Asaroh, insiden hitam bermula apabila mangsa bersama rakan-rakannya yang terdiri daripada seorang perempuan dan tiga lelaki sedang bersiap-sedia untuk pulang ke rumah. Menerusi rakaman CCTV, Isna berkata dapat diperhatikan tiga rakan lelaki mangsa secara mengejut cuba untuk mencium mangsa di bahagian lehernya. ARTIKEL BERKAITAN : Murid darjah 1 ajar rakan buat aksi tak senonoh guna jari, belajar dari internet! Siap tunjuk pada cikgu apa ditaip Mangsa yang terkesima cuba menjauhkan diri dan lantas memeluk rakan perempuannya untuk berlindung. Lebih mengejutkan apabila mangsa kemudiannya dipaksa untuk menanggalkan pakaian jika ingin pulang ke rumah. Namun mangsa bernasib baik apabila ibunya tiba tepat pada waktunya untuk mengambilnya pulang sebelum dia sempat berbuat demikian. Pihak sekolah sudah menyerahkan dua rakaman CCTV kepada keluarga mangsa sebagai bukti kukuh berkaitan kes serangan seksual tersebut. Susulan itu, keluarga mangsa mengharapkan pihak berkuasa dapat mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan keselamatan anak-anak di sekolah terjamin. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube