suria

Pesawat terhempas di hutan, 5 individu disahkan maut... Penumpang usia 6 tahun mangsa paling muda

Lokasi nahas pesawat jenis Cirrus SR-22.

LIMA individu disahkan maut termasuk seorang kanak-kanak berumur 6 tahun selepas sebuah pesawat kecil terhempas di kawasan hutan sekitar Carolina, Amerika Syarikat dalam kejadian pada Sabtu, 28 September.

Anggota taman negara mendedahkan mangsa dikenali sebagai Shashwat Ajit Adhikari, 31, Jason Ray Campbell, 43, Kate McAllister Neely, 39, dan Matthew Arthur Fassnacht, 44.

Dalam pada itu, identiti kanak-kanak yang terkorban tidak didedahkan kepada media.

Difahamkan kesemua penumpang pesawat jenis Cirrus SR-22 itu maut dalam nahas berkenaan.

Penyiasat Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB), Ryan Enders berkata pesawat itu berlepas dari lapangan terbang dalam negeri di Manteo menuju ke Carolina.

Menurut saksi, pesawat itu dilihat seperti hilang kawalan ketika hendak mendarat, ia kemudian melencong keluar dari landasan dan terhempas ke dalam kawasan semak-samun.

Pesawat terbabit kemudiannya hangus terbakar dijilat api.

Menurut laporan awal, tiada panggilan kecemasan diterima menara kawalan trafik udara sebelum nahas berlaku.

Punca nahas masih belum ditentukan dan sedang dalam siasatan NTSB. - Fire Engineering

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain