suria

Wanita balas dendam gara-gara tak tahan sering diugut, simbah asid pada kekasih gelap

Perselisihan faham menjadi antara punca seseorang tergamak melakukan jenayah. -Gambar hiasan

SEORANG wanita bertindak menyimbah asid kepada kekasihnya bagi membalas dendam kerana diugut lelaki berkenaan.

Kejadian dilaporkan berlaku di sebuah restoran di Aligarh, Uttar Pradesh, India.

Menurut laporan India Today, suspek yang dikenali sebagai Varsha, didakwa bertindak sedemikian kerana tidak tahan diugut mangsa sejak 12 tahun lalu.

Difahamkan, kedua-duanya merupakan pasangan kekasih walaupun suspek sudah berkahwin.

Akibat terkena simbahan asid tersebut, mangsa mengalami lecur yang teruk dan bertindak melarikan diri sejurus insiden berkenaan.

Suspek dan seorang pekerja restoran turut mengalami kecederaan kerana terkena tempias simbahan cecair berbahaya tersebut.

Kedua-duanya dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Sementara itu, hasil siasatan awal polis mengesyaki punca kejadian adalah disebabkan perselisihan faham antara mangsa dan suspek.

Polis kini sedang mengesan mangsa dan meneliti rakaman daripada kamera litar tertutup restoran berkenaan.

Bagaimanapun punca dan motif kejadian kini dalam siasatan pihak polis.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain