suria

Wanita tawar khidmat isteri ‘sementara’, suami boleh cerai sesuka hati jika sudah bosan

Hal perkahwinan seharusnya dipandang dengan serius. -Gambar hiasan

PASANGAN yang dikahwini seharusnya menjadi pasangan sehidup semati.

Namun berbeza kisahnya untuk pekan kecil di Indonesia ini yang mengamalkan budaya isteri 'sementara', mirip dengan konsep sewaan, ia rata-ratanya ditawarkan oleh wanita miskin yang terdesak mencari pendapatan.

Kawasan yang menjadi 'sarang' aktiviti tersebut dilaporkan merupakan lokasi tarikan pelancong daripada Asia Barat.

Perkahwinan 'sementara' itu kebiasaannya melibatkan pelancong lelaki dan wanita tempatan.

Selepas majlis pernikahan yang sekadar cukup syarat, wanita berkenaan akan melakukan aktiviti sebagaimana tanggungjawab seorang isteri kepada suaminya, termasuk berhubungan intim.

Setelah selesai semuanya dan rasa bosan mula timbul, pelancong lelaki itu akan menceraikan isteri olok-oloknya sekali gus menamatkan kontrak.

Seorang wanita dikenali sebagai Bulan berkata dia mula menawarkan khidmat itu sejak usianya 17 tahun dan sudah berkahwin lebih 15 kali dengan pelancong berbeza.

Menurutnya, dia menerima bayaran berjumlah antara 4.7 juta rupiah (RM1,282) hingga 7.84 juta rupiah (RM2,138) daripada setiap perkahwinan itu.

Pulangan tersebut kemudiannya digunakan untuk membayar sewa rumah serta membelikan ubat-ubatan buat neneknya yang sakit.

Apabila ditanya oleh ahli keluarga dia bekerja sebagai apa, Bulan hanya menjawab dia mencari rezeki sebagai pembantu rumah. - VnExpress

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan