SEORANG remaja lelaki berusia 15 tahun ditangkap selepas dia sengaja membakar lif di sebuah jejantas pada Sabtu. Pada awalnya, kebakaran yang berlaku di Jalan Pemuda, Indonesia itu disangka berpunca daripada litar pintas. Bagaimanapun, siasatan mendapati kebakaran sebenarnya berlaku kerana perbuatan seorang remaja lelaki. Melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV), pelaku dilihat sedang memasang wayar bagi menghalang pintu lif. Dia kemudiannya membakar sekotak rokok di dalam lif tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda akui bakar rumah pusaka kerana panas, ada hantu Selepas membakar lif itu pada waktu pagi, pelaku kembali semula ke lokasi kejadian sebelum dia ditahan oleh pihak keselamatan sekitar pukul 10 malam. Hasil siasatan lanjut mendapati remaja itu bertindak atas arahan seorang individu dewasa. Difahamkan, remaja itu juga mengaku menerima beberapa kotak rokok sebagai upah untuk melakukan perbuatan tersebut. Ketua Polis Daerah Genteng, Kompol Bayu Halim Nugroho, mengesahkan kejadian itu dan menyatakan siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti dalang kebakaran tersebut. - Agensi Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube