suria

Padah gigit jari suami semasa hubungan seks, wanita maut ditikam 59 kali... Suspek mohon hukuman ringan, dihukum 20 tahun penjara

Wanita sering menjadi mangsa keganasan rumah tangga. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki bernama Marcos Vinicius Paulino, 28, dari Brazil, dijatuhi hukuman 20 tahun penjara kerana membunuh isterinya, Tatiele de Cassia dos Reis Goncalves, 38.

Pembunuhan berlaku selepas pertengkaran berikutan isterinya menggigit jarinya semasa mereka melakukan hubungan intim pada 14 April lalu.

Susulan tragedi itu, Paulino menyerah diri keesokan harinya dan mengaku melakukan jenayah tersebut.

Polis menemui mayat Tatiele di apartmen mereka dengan 59 kesan tikaman.

Semasa perbicaraan, peguam Paulino berhujah bahawa dia bertindak di bawah emosi yang kuat dan telah dianiaya oleh Tatiele.

Dikatakan juga bahawa dia mengambil ubat psikiatri dan menggunakan kokain pada hari itu.

Dia meminta hukuman yang lebih ringan dengan mendakwa dia telah bekerjasama dengan penyiasatan dan memahami tindakannya.

Namun, juri tidak menerima hujah yang diberikan dan dia menerima hukuman maksimum untuk jenayah pembunuhan yang dilakukan.

Dalam pada itu, penduduk tempatan meluahkan kemarahan mereka di media sosial dengan mengatakan bahawa hukuman 20 tahun tidak cukup untuk jenayah yang dilakukan Paulino. - Mirror.uk

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain