suria

Mahkamah benarkan mangsa rogol umur 11 tahun gugur kandungan, 2 hakim sepakat buat keputusan

Dalam satu kes di India, mahkamah membenarkan seorang mangsa rogol untuk menggugurkan kandungannya. -Gambar hiasan

MAHKAMAH Tinggi Bombay pada Khamis membenarkan seorang mangsa rogol untuk menggurkan kandungannya.

Mangsa merupakan kanak-kanak bawah umur yang baru berusia 11 tahun.

Ketika keputusan itu dibuat, usia kandungan mangsa sudah mencecah 30 minggu.

Keputusan itu dibuat oleh dua hakim iaitu Sharmila Deshmukh dan Jitendra Jain.

Dalam keputusan itu, mahkamah memerintahkan mangsa untuk menjalani proses menggugurkan kandungan di sebuah hospital kerajaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua beradik tanggung derita, dirogol 13 lelaki bergilir-gilir hingga hamil

Jika bayi itu dilahirkan dengan selamat, mahkamah turut mengarahkan supaya dia diberi bantuan perubatan yang terbaik.

Sebelum ini, mangsa membuat rayuan di mahkamah tinggi, memohon kebenaran untuk menggugurkan kandungannya,

Menurut undang-undang India, wanita perlu memohon kebenaran mahkamah untuk menggugurkan kandungan yang berusia 20 minggu ke atas.

Bagi umat Islam di Malaysia pula, hukum menggugurkan kandungan bagi mangsa rogol adalah harus jika sebelum kandungan berusia empat bulan, menurut laman sesawang Mufti Wilayah Perseketuan.

Menggugurkan kandungan setelah berusia empat bulan maka hukumnya adalah haram kecuali atas alasan yang benar-benar kuat seperti untuk menyelamatkan nyawa si ibu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain