suria

Tolak cinta lelaki baru dikenali, wanita ditinggalkan sendirian dalam hutan

Seorang wanita ditemukan selamat dalam hutan. Foto dok ist

SEORANG wanita berdepan detik cemas apabila ditinggalkan bersendirian di hutan gara-gara menolak cinta lelaki yang baru dikenalinya di media sosial.

Insiden tersebut menjadi tular selepas pesanan suaranya meminta bantuan daripada pihak polis dikongsi di media sosial.

"Tolong, saya berada di tengah-tengah hutan, saya tidak tahu ini apakah tempat ini.

"Ada orang memerangkap saya, ya Allah, ini yang berlaku," menurut mangsa kedengaran menangis teresak-esak dalam pesanan suara yang tular di media sosial.

Kejadian berlaku di hutan Palintang, kawasan Nagrog, Cigending, Ujungberung, Kota Bandung, Indonesia pada Khamis.

Pesanan suara itu diterima oleh Pasukan Prabu 1 Polis Bandung. Pihaknya kemudian meminta mangsa menghantar lokasi dan mendapati wanita itu berada dalam hutan Palintang.

Operasi mencari dan menyelamatkan dilakukan sebelum menemukan mangsa dalam keadaan selamat tetapi terkejut dan keletihan.

Ketua Pasukan Prabu 1 Polis Bandung, Ipda Reza Aji Ibrahim berkata, sebelum menerima laporan, sepasukan 10 anggota melakukan rondaan pada petang Khamis.

Siasatan dijalankan berhubung kejadian tersebut. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan