MISTERI bau busuk yang menghantui penduduk sejak beberapa hari lalu terjawab dengan penemuan mayat seorang warga emas di dalam rumahnya. Mayat mangsa yang dikenali sebagai Darmawan, 69, ditemui oleh penduduk Kampung Sarirejo, Daerah Semarang Timur, selepas membuat pencarian. Menurut seorang penduduk, mereka yang sudah menghidu bau busuk sejak beberapa hari lalu menyangka ia berpunca daripada bangkai haiwan. Justeru penduduk mengambil inisiatif mencari punca bau busuk berkenaan sebelum mengesyaki ia datang daripada rumah mangsa berikutan bau yang semakin kuat. Penduduk kampung kemudian menghubungi polis memandangkan pintu rumah mangsa terkunci dari dalam. Menurut penduduk, mangsa tidak mempunyai pekerjaan dan hanya mengutip barangan pakai. "Sudah lama tak nampak keluar. Dia hidup sendirian dan tidak bercampur sangat dengan masyarakat," kata penduduk tersebut. Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk Tindakan lanjut. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube