SEORANG pensyarah wanita ditahan kerana didakwa membunuh suaminya dengan menikam mangsa menggunakan pisau ketika sedang tidur. Kejadian dilaporkan berlaku di rumah pasangan berkenaan di Kotamobagu, Sulawesi Utara, Indonesia, pada Selasa lalu. Menurut Pegawai Perhubungan Awam Polis Manggala, Aipda Syamsu Rijal, suspek yang berusia 40 tahun berbuat demikian kerana sakit hati selepas mengetahui mangsa curang dengan wanita lain. Syamsu berkata, pasangan itu pada mulanya terbabit dalam pertengkaran di bilik, sebelum suspek keluar mengambil sebilah pisau. Suspek kembali ke bilik dengan menyembunyikan pisau di sebelah katil dan berbaring di sebelah mangsa yang sedang bermain telefon bimbitnya. "Ketika suaminya (mangsa) sedang tidur, suspek kemudian mengambil pisau dan menikam mangsa dua kali di perut," jelas Syamsu. Syamsu berkata, mangsa sempat melawan namun tindakan itu mengakibatkannya ditikam buat kali ketiga. Mangsa sempat dibawa ke Hospital Hermina Makassar namun tidak dapat diselamatkan akibat kehilangan darah yang banyak. -Agensi Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube