suria

Hantar gambar zakar kepada wanita, askar dipenjara 10 bulan

Seorang askar ditamatkan perkhidmatan selepas mengaku bersalah menghantar foto zakar kepada wanita. -Gambar hiasan

TINDAKAN seorang askar menghantar foto kemaluannya kepada seorang wanita membawa padah apabila dia ditamatkan perkhidmatannya serta-merta.

Adom Scott McNee, dari Glasgow, turut dipenjara 10 bulan selepas dia mengaku bersalah atas kesalahan itu.

Selain foto lucah, dia turut mengaku bersalah menghantar mesej lucah kepada mangsa.

ARTIKEL BERKAITAN: Askar tendang kepala penunggang motosikal, gagal kawal emosi dapat tahu isteri keguguran selepas dilanggar

Perbuatan itu dibuat pada 27 Jun lalu sebelum dia dihadapkan ke mahkamah khas tentera di Catterick pada 4 September.

Dia bukan sahaja dipenjara dan ditamatkan perkhidmatan, malah turut diarahkan melakukan kerja tanpa gaji selama 240 jam.

Menurut jurucakap tentera, mereka mahu memastikan individu seperti McKnee dikenakan hukuman setimpal.

Malah, pihak tentera juga sedang berhubung dengan mangsa untuk memberikan bantuan sewajarnya. - Agensi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain