SEORANG wanita maut ditembak oleh bekas suami di rumah sewa mangsa pada awal pagi Ahad. Dalam kejadian itu, suspek turut didakwa menembak mati teman lelaki baharu mangsa. Susulan kejadian itu, suspek ditahan polis, pada hari sama. Kejadian berlaku di Thung Song di wilayah selatan Nakhon Si Thammarat, Thailand. Menurut polis, mayat mangsa berusia 33 tahun ditemukan di atas katil dengan kesan tembakan di kepalanya. Manakala teman lelakinya berusia 24 tahun turut berada di dalam bilik berkenaan. Dia mengalami kecederaan akibat ditembak dan kemudian disahkan meninggal dunia di hospital. Mangsa dan suspek berpisah tiga bulan lalu, dan suspek berpindah keluar dari rumah yang mana merupakan lokasi kejadian. Motif pembunuhan dipercayai kerana cemburu terhadap bekas isteri menjalinkan hubungan dengan teman lelaki baharu. Suspek kini ditahan dan kes tersebut dalam siasatan polis. Sebagai peringatan, perbuatan keganasan adalah salah di sisi undang-undang dan dilarang dalam Islam, maka semua perlu menjauhinya. - Agensi Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube