suria

Nenek kaya usia 77 tahun pindahkan wang hampir RM1 juta kepada scammer, berjaya dapat semula RM828,767

Seorang wanita berjaya mendapatkan semula wang miliknya selepas dia menjadi mangsa penipuan dalam talian. -Gambar hiasan

SEORANG wanita berjaya mendapatkan semula wang miliknya yang berjumlah S$250,000 (RM828,767) selepas dia menjadi mangsa penipuan dalam talian pada Oktober.

Mangsa yang berusia 77 tahun sebelum ini ditipu selepas seorang individu menghubunginya dengan menyamar sebagai pegawai awam.

Individu itu berjaya memperdaya mangsa dengan memindahkan S$290,000 (RM961,302) daripada simpanannya.

Pelaku yang menyamar sebagai kakitangan Standard Chartered Bank menghubungi mangsa dan memberitahu berlaku beberapa transaksi tanpa kebenaran pada kad kredit yang dibuat atas namanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pesara kerajaan putih mata wang simpanan lebih RM276,000 lesap! Terpedaya panggilan telefon ‘scammer’

Pelaku kemudiannya menyambungkan panggilan mangsa kepada seorang pegawai palsu daripada Monetary Authority of Singapore (MAS).

Mangsa terjerat selepas scammer itu meminta dia mendedahkan maklumat perbankan peribadi bagi membantunya.

Pegawai MAS palsu itu mengarahkan mangsa untuk memindahkan simpanannya ke dalam akaun DBS Bank dan beberapa akaun lain.

Polis berkata akaun DBS itu dimiliki oleh seorang wanita berusia 25 tahun.

Menurut polis dalam satu kenyataan pada 1 November, pemilik akaun bank itu sudah ditangkap dan siasatan masih sedang dijalankan. – The Straits Times (Singapura)/Asia News Network.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain