SEORANG pelajar perempuan bertindak membuat laporan polis mendakwa dirinya dijadikan hamba seks selama lebih enam bulan oleh dua guru lelakinya. Pelajar berusia 17 tahun dari Fatehpur, India itu sedang mengikuti persediaan menghadapi peperiksaan kemasukan di sebuah institut kejurulatihan, ketika kejadian berlaku. Menurut mangsa, kejadian yang menimpanyan bermula pada Disember 2022 ketika dia ditempatkan di asrama. Dalam laporannya, mangsa memberitahu polis bahawa pada Disember 2022, seorang guru Biologi menjemputnya ke flat di kawasan Kalyanpur untuk meraikan pesta Tahun Baru, dan diberiahu pelajar lain akan turut serta. Bagaimanapun dia termakan helah guru berkenaan dan mendakwa diberi minuman bercampur dadah sebelum dirogol. Guru tersebut mengurungnya selama enam bulan di flat tersebut dan berulang kali merogolnya dalam tempoh tersebut. Malah ujarnya, seorang lagi guru turut sama bergilir-gilir rogolnya. Mangsa turut diugut oleh gurunya untuk menyebarkan video aksi intim sekiranya membuka mulut. Bagaimanapun, dia akhirnya tampil memberanikan diri membuat laporan polis selepas terjumpa sebuah video seks antara guru tersebut bersama seorang pelajar lain. Kedua-dua guru tersebut akhirnya ditangkap dan didakwa atas kesalahan rogol, mengurung dan ugutan jenayah di bawah peruntukan Akta Perlindungan Kanak-Kanak daripada Kesalahan Seksual. -Agensi Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube