SEORANG wanita berusia 43 tahun ditahan polis selepas dia cuba mencekik ibunya yang berusia 64 tahun gara-gara pertikaian mengenai harta. Kejadian berlaku di Choolaipallam, Chennai, India. Rakaman video kejadian tersebut tersebar luas di media sosial. Menurut polis, mangsa yang dikenali sebagai Adilakshmi, dengan anak perempuannya, Triloka Sundari mempunyai hubungan yang renggang dan sering bertengkar mengenai urusan pembahagian harta keluarga mereka. Kejadian bermula pada malam Jumaat ketika mangsa sedang berbual dengan jiran di luar rumah, dan tiba-tiba anak perempuannya datang dan bertanyakan tentang kehilangan wang tunai dari kedai yang dikendalikannya. Suspek turut menuntut mangsa memberinya sebahagian daripada harta pusaka atau jumlah wang yang setara. Pertengkaran antara dua beranak berkenaan semakin tidak terkawal dan akhirnya suspek menyerang mangsa serta cuba mencekiknya dengan tali yang ditemui di jalan. Orang ramai yang melihat kejadian tersebut cuba meleraikan ketegangan dan segera membawa mangsa ke hospital. Suspek pula berjaya diberkas polis dan ditahan untuk siasatan lanjut. -Agensi Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube