PENDUDUK sebuah kampung nekad membaiki sendiri jalan yang rosak berikutan dakwaan gagal mendapat sebarang dana daripada pihak berkuasa. Salah seorang penduduk mengambil inisiatif dengan memuat naik video yang memaparkan keadaan jalan di kampungnya. Kejadian berlaku di sebuah kampung di Kedundung di Jawa Timur, Indonesia. Menurut penduduk yang dikenali sebagai Ihayak, dia memuat naik video keadaan jalan di kampungnya itu di laman TikTok. Susulan penularan video tersebut, dia menerima wang sumbangan orang ramai menerusi laman sosial, sekali gus dapat membiayai kos baik pulih jalan di kampungnya. "Semasa saya bekerja, saya memuat naik video itu ke akaun TikTok, dan saya turut membuat siaran langsung. Daripada situ, ramai yang berminat dan mahu memberikan sumbangan," katanya Ihayak. ARTIKEL BERKAITAN: Anak angkat kenal di TikTok nak bagi duit, emas tanda sayang... Wanita curiga tapi kesian - “Dia kata saya ni syurganya” Amir, salah seorang penyelaras memberitahu, jalan sepanjang 4.47 kilometer yang dibina semula secara gotong-royong oleh sekumpulan penduduk itu sememangnya mengalami kerosakan teruk tetapi tidak mendapat bantuan kewangan untuk kos pembaikan. "Nampaknya golongan belia dan penduduk di sini bersemangat, ramai minta supaya jalan di hadapan rumah mereka turut dibaiki. Tambahan pula mereka terima banyak sumbangan daripada TikTok," jelasnya. Di sebalik sumbangan warga maya, ramai turut mempersendakan ketua kampung tersebut kerana kegagalannya membantu penduduk setempat. - Agensi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube