suria

Jantung tiba-tiba berdegup laju, lelaki maut selepas langgan mak nyah untuk khidmat seks

Seorang lelaki maut selepas dia berjumpa dengan seorang mak nyah untuk melakukan hubungan seks. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki dilaporkan meninggal dunia selepas dia melakukan hubungan seks dengan mak nyah warga Thailand.

Kisah mengenai kematian lelaki di Taiwan itu dikongsi menerusi Facebook World Forum pada Selasa.

“Seorang lelaki berusia 36 tahun dari New Taipei City membayar seorang wanita Thailand sebanyak 3,200 baht (kira-kira RM414) sejam untuk khidmat seks.

"Semasa aktiviti seksual, degupan jantung lelaki Taiwan itu meningkat tiba-tiba. Dia kemudiannya pengsan dan disahkan meninggal dunia di hospital.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki belasah, tarik rambut mak nyah... Berang kena ‘reject’ ketika berhibur di kelab malam

"Polis Taiwan mencari wanita Thailand itu dan mendapati dia sebenarnya adalah seorang mak nyah bernama Wu. Passport menunjukkan dia sebenarnya lelaki," ujar pengendali laman sosial itu.

Kisah tular itu meraih perhatian ramai sehingga ia menjadi bahan jenaka segelintir netizen Taiwan.

Untuk rekod, ia bukanlah laporan pertama melibatkan warga Thailand yang bekerja secara haram sebagai pekerja seks di Taiwan.

Pada Jun tahun ini, pegawai polis Taiwan menahan lapan wanita dan seorang mak nyah Thailand di sebuah hotel di daerah Zhongshan di Taipei City kerana menjalankan rangkaian pelacuran haram.

Pada Oktober 2023, seorang lagi pekerja seks wanita Thailand ditangkap di Taiwan. - Agensi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain