POLIS menahan seorang wanita Thailand kerana menjalankan rangkaian pelacuran dengan memperdagangkan tiga gadis bawah umur. Pegawai dari Sub-bahagian Perlindungan Kanak-Kanak dan Wanita menerima maklumat bahawa tiga gadis bawah umur itu dihantar untuk bekerja sebagai penghibur parti. Selain menghiburkan pelanggan, mereka juga terpaksa menyediakan perkhidmatan seksual kepada pelanggan yang berminat. Pegawai penyamar menghubungi wanita berusia 25 tahun yang dikenali sebagai Mo Aom itu melalui aplikasi LINE. ARTIKEL BERKAITAN: Samakan macam pelacur, rakan suami nak ‘test’ isteri susah hamil... Permintaan kurang ajar dibalas pelempang di muka! Mereka kemudiannya membuat tempahan dan mengatur pertemuan di sebuah hotel di Soi Somdet Phra Chao Taksin 33 di daerah Bukkhalo, Bangkok. Mo Aom akirnya ditahan ketika dia menghantar tiga orang gadis bawah umur ke hotel yang dijanjikan. Tiga gadis berumur antara 14 dan 16 tahun itu kini berada dalam keadaan selamat. Mo Aom pula berdepan dua pertuduhan dan akan dibicarakan mengikut undang-undang Thailand. - Agensi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube