DEMI berjimat, pempengaruh wanita sanggup menjadikan makanan babi sebagai hidangan hariannya. Dia yang dikenali sebagai 'King Kong Liuke' di media sosial turut menegaskan, makanan berharga 3 yuan (RM1.85) itu lebih sihat berbanding hidangan yang dibeli bungkus. Kisahnya itu mula mendapat perhatian warga maya pada 30 Oktober lalu selepas dia meluahkan hasrat untuk hidup dengan perbelanjaan yang minima dan mengikut tip penjimatan daripada forum terkemuka yang mencadangkan pengambilan makanan babi. Susulan itu, Kong membelanjakan 100 yuan (RM61.50) untuk satu beg makanan babi, yang disifatkannya sebagai mempunyai 'bau oatmeal susu' apabila dibuka. Pada masa sama dia mendedahkan bahawa makanan babi mengandungi bahan-bahan seperti kacang soya, kacang tanah, bijan, jagung, dan vitamin tambahan. Selepas menghabiskan baki makanan babi, dia mengumumkan rancangannya untuk mematuhi diet tersebut selama seminggu bagi menentukan sama ada ia boleh mengekalkan kesihatan atau sebaliknya. Walaubagaimanapun, dia menasihati pengikutnya supaya tidak mengikut langkah yang diambil. Aksinya dengan pantas mendapat perhatian di media sosial tanah besar, menarik 6.3 juta tontonan di Weibo. - South China Morning Post Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube