TINDAKAN seorang lelaki yang menunggang motosikal dengan cuai membawa padah apabila dia ditahan oleh polis Thailand. Menerusi video tular, lelaki itu dilihat menunggang motosikalnya di sepanjang pesisir Pantai Kamala, Phuket dengan kelajuan tinggi sebelum tayar motosikalnya tenggelam di dalam pasir. Pelaku yang ditemani seorang lagi lelaki turut melakukan aksi ‘wheelie’ ketika berada di lokasi sama. Video tersebut dikongsi secara meluas di media sosial sehingga mendapat perhatian polis yang segera bertindak mencari dua warga asing berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Anggota polis kejar mat rempit dipukul penduduk kampung! Tanggung derita bibir koyak, gigi patah Polis mengenal pasti pelaku utama sebagai Amira Midhat, warga Israel berusia 30 tahun. Ketika disoal siasat, Midhat mendakwa dia tidak tahu kenderaan itu tidak dibenarkan dibawa ke kawasan pantai. Jelasnya, dia tidak melihat papan tanda amaran di kawasan tersebut. Dia akhirnya didenda 5,000 baht (kira-kira RM650) atas kesalahan gangguan awam. - Agensi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube