SEORANG wanita Thailand dibunuh dengan kejam di rumahnya, kira-kira 10.30 malam, Rabu. Mangsa yang dikenali sebagai Fon, 55, menetap di daerah Phai Sali, wilayah Nakhon Sawan. Sebelum menghembuskan nafas terakhir, mangsa sempat menghubungi kakaknya untuk memaklumkan kejadian itu. Dalam panggilan itu, Fon mendakwa dia ditembak dengan senapang patah oleh abangnya yang dikenali sebagai Tam. Mangsa meninggal dunia sebelum pihak berkuasa tiba ke kediaman itu. ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki didakwa cuba bunuh pekerja seks gara-gara dompet hilang Pemeriksaan awal terhadap tubuh Fon menunjukkan beberapa kesan tembakan. Malah, kepala wanita itu turut mengalami kecederaan teruk akibat dipukul dengan objek berat. Motif sebenar di sebalik konflik maut antara Fon dan abangnya masih belum jelas. Polis kini giat memburu Tam, yang dipercayai bersembunyi di sekitar kawasan itu, dan mereka yakin dapat menangkapnya tidak lama lagi, kata jurucakap polis. - Agensi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube