suria

Percutian bertukar tragedi, pelajar perempuan maut disambar petir

Seorang pelajar maut disambar petir pada Isnin. -Gambar hiasan

MALANG tidak berbau.

Begitulah kisahnya mengenai seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun yang maut disambar petir pada Isnin.

Mangsa yang dikenali sebagai Midhun berasal dari Attingal di Kerala, India.

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Dalam kejadian sama, polis Nedumangad mengesahkan seorang lagi pelajar perempuan mengalami kecederaan akibat melecur.

Pelajar itu kini sedang menerima rawatan di Hospital Kolej Perubatan Kerajaan Thiruvananthapuram.

Menurut penduduk tempatan, kumpulan pelajar itu berada di kawasan terbuka berhampiran Thiruchitrupara ketika sedang mengikuti aktiviti percutian mereka. - Agensi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain