SEORANG pemuda dijatuhi hukuman penjara 20 tahun oleh Mahkamah Tinggi di timur London kerana didapati bersalah merogol neneknya yang berusia 76 tahun pada 6 Disember 2022. Lebih menyedihkan, nenek sebelah ibunya itu meninggal dunia pada Mei 2023, kira-kira lima bulan selepas kejadian berkenaan. Menurut fakta kes, Anda Nogwanya, 24, merogol neneknya yang sudah nyanyuk dan menghidap penyakit alzheimer. Nogwanya mengaku dia telah menghisap ganja bersama rakan-rakan sebelum pulang ke rumah dan merogol neneknya. ARTIKEL BERKAITAN: Nenek disamun, dirogol ketika sedang tunggu lif! Polis tahan suspek warga asing Ketika menjatuhkan hukuman, hakim, Andili Nohiya menegaskan tertuduh menunjukkan sikap tidak menghiraukan maruah dan kesejahteraan neneknya serta menganggap hukuman itu setimpal dengan perbuatannya. “Mahkamah berdepan situasi yang kompleks, dengan ibu tertuduh dan ahli keluarga lain berbelah bahagi antara kesetiaan dan keadilan. "Mereka menyalahkan ibu pesalah atas penahanannya dan berhujah kematian mangsa pada Mei 2023 adalah alasan yang cukup untuk menggugurkan kes. "Mahkamah bersetuju tertuduh perlu bertanggungjawab atas tindakannya dan hukuman yang sesuai adalah perlu untuk menegakkan keadilan dan melindungi individu yang menjadi mangsa," kata hakim. - Agensi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube