KEGEMBIRAAN sekumpulan remaja lelaki mandi di sebatang sungai berakhir tragedi apabila salah seorang daripada mereka ditemukan mati lemas. Pihak berkuasa menemukan mayat mangsa selepas lima jam melakukan operasi mencari dan menyelamat di Sungai Jakkarat di Jakkarat, Thailand. Suasana sayu menyelubungi kawasan sungai selepas mayat mangsa dibawa ke darat. Ibu bapa mangsa, guru-guru serta rakan sekolah turut hadir ke lokasi kejadian selepas menerima perkhabaran duka itu. ARTIKEL BERKAITAN: Cuti di pulau bertukar tragedi... Pelajar lemas diheret ombak besar, kawan hanya mampu rakam detik mangsa terapung Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Jakkarat untuk bedah siasat. Menurut siasatan, pelajar Tingkatan Satu itu tidak hadir ke sekolah kerana mahu bergembira dengan rakan-rakannya di sungai itu. Namun, mangsa hanyut ketika berenang kerana arus sungai yang terlalu deras. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube