SEORANG penumpang wanita bertindak membuang air kecil di dalam kenderaan ketika menggunakan perkhidmatan e-hailung. Susulan kejadian itu, seorang lelaki berusia 32 tahun memberi amaran di Facebook agar pihak lain tidak mengambil wanita ini sebagai penumpang. Insiden tersebut melibatkan kenderaan motosikal e-hailing berasaskan aplikasi atau teksi motosikal di Bangkok, Thailand. "Jika anda perlu membuang air kecil, anda mesti memberitahu rider. Anda boleh melakukannya. "Tetapi mengapa anda akan kencing ketika naik? Sama ada masalah mental atau fizikal, anda harus memakai lampin," kata Korn menerusi satu hantaran di Facebook pada Ahad lalu. Dalam video tersebut, penunggang motosikal itu kedengaran mengadu kepada wanita itu mengenai tindakan kencing di atas motosikalnya dan menuntut dia membayar tambang sebanyak 87 baht (RM11). Dia juga meminta penumpang untuk membersihkan tempat duduk, menyatakan bahawa seluarnya basah terkena air kencing wanita itu. Walaupun tidak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap wanita itu, Korn bagaimanapun menggesa mana-mana penumpang supaya memaklumkan penunggang sekiranya mereka perlu menggunakan bilik air. Ini kerana katanya, kejadian seperti itu membuang masa penunggang dan menyebabkan mereka kehilangan pendapatan. -Agensi Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube