SEORANG ibu bertindak mengurung anak lelakinya di dalam 'sangkar' di rumah bagi menghentikan ketagihan dadah. Selain dadah, anaknya berusia 42 tahun itu juga mempunyai masalah dengan perjudian dalam talian. Wanita itu nekad mengurungnya dengan hanya memberi makanan dan minuman dan kemudahan asas di kurungan itu. Kejadian berlaku di kediaman mereka di Nang Rong di Buriram, Thailand. Pihak berkuasa Thailand kini campur tangan dan memaklumkan kepada ibu berusia 64 tahun itu bahawa mereka akan menawarkan penjagaan kepada anaknya. Wanita berkenaan tampil menjelaskan tindakannya mengurung anak itu kerana sejarah penyalahgunaan dadah anaknya dan ancaman terhadap dirinya. Malah katanya, 'sangkar' itu turut dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV) untuk pengawasan. Susulan itu, Menteri Kehakiman Pol Kol Tawee Sodsong mengarahkan pegawai agensi anti dadah pergi ke kediaman wanita itu untuk mencari penyelesaian bersama keluarga terbabit. -Agensi Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube