suria

Gara-gara cinta ditolak, lelaki amuk tikam isteri orang... Rempuh 9 individu, 6 kenderaan

Seorang lelaki bertindak di luar kawalan akibat cintanya ditolak. Foto Channel 3

SEORANG lelaki bertindak di luar kawalan apabila menikam seorang wanita yang sudah berkahwin gara-gara cintanya ditolak.

Bukan sekadar itu, lelaki itu juga mengelar lehernya sendiri, dan memandu keretanya hingga merempuh beberapa kenderaan dan sembilan mangsa.

Kejadian amuk itu berlaku di Bang Khen di Bangkok, Thailand pada Isnin.

Suspek yang merupakan lelaki yang berusia 57 tahun juga sudah berkahwin.

Akibat kejadian itu, sebanyak enam kenderaan rosak dirempuh kereta yang dipandu suspek.

Polis bagaimanapun berjaya menahan suspek di hospital dan kes tersebut dalam siasatan.

Sebagai peringatan, perbuatan keganasan adalah salah di sisi undang-undang dan dilarang dalam Islam, maka semua perlu menjauhinya. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain