SEORANG pempengaruh wanita dari Brazil terkorban selepas dia dihanyutkan banjir kilat di Uberlandia pada Ahad. Menerusi video tular, mangsa iaitu Jeniffer Soares Martins dan suaminya, Wallison Lima dilihat sedang berpaut pada kereta yang ditenggelami banjir. Beberapa orang awam juga dilihat cuba menyelamatkan pasangan itu menggunakan tangga, namun usaha mereka gagal ekoran arus deras di kawasan berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Maut, Hilang & Terperangkap Akibat Banjir Besar Martins meninggal dunia akibat dihanyutkan arus deras, manakala suaminya berjaya diselamatkan. Banjir kilat itu berlaku susulan hujan lebat yang melanda sebahagian kawasan bandar tersebut. Untuk rekod, pasangan itu berkahwin kira-kira lapan tahun lalu. Martins meraih populariti sehingga dikenali sebagai pempengaruh kerana sering berkongsi rutin hariannya di media sosial. - Agensi Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube