suria

Taksub jual video porno, lelaki serang remaja 13 tahun secara seksual… Jadikan tebusan di tengah laut selama sebulan

Suspek ditahan semasa berada di atas bot bersama telefon bimbitnya.

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun menjadi mangsa penderaan dan serangan seksual oleh individu yang menjalankan aktiviti penghasilan pornografi bagi tujuan penjualan kandungan itu di laman sosial.

Lebih menyedihkan apabila mangsa dibawa keluar dari pesisir wilayah Rayong di Thailand, selama hampir sebulan dan mengalami serangan seksual lebih 10 kali.

Dia bagaimanapun berjaya diselamatkan selepas suspek berusia 23 tahun kembali ke pesisir pantai bagi menjual kandungan yang telah dirakam pada Jumaat.

Susulan itu, Pegawai dari Thailand Internet Crimes Against Children (TICAC) melancarkan operasi selepas menerima maklumat mengenai penderaan itu.

Menurut laporan, seorang pengguna di aplikasi pemesejan Telegram didapati menjual video lucah ganas melibatkan kanak-kanak bawah umur yang dirakam pada Oktober.

Malah ia dilakukan dengan kerjasama isteri suspek yang mempunyai hubungan dengan mangsa.

Berdasarkan siasatan, wanita terbabit bertindak membawa mangsa bertemu suspek untuk menaiki bot nelayan mereka dan turut merakam serangan seksual yang dilakukan.

Selepas dibawa pulang ke pantai, mangsa menerima bantuan daripada rumah anak yatim tempatan untuk membuat laporan.

Hasil bukti dan maklumat yang mencukupi, suspek yang dikenali sebagai Setthawut berjaya didakwa atas pertuduhan mencabul kanak-kanak bawah umur 13 tahun selepas ditahan di atas botnya ketika memiliki telefon bimbit yang mengandungi pornografi kanak-kanak untuk tujuan diedarkan. - Bangkok Post

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain