PESAWAT yang terhempas berhampiran bandar Aktau di Kazakhstan pada Rabu, mengorbankan seramai 38 orang. Seramai 29 mangsa terselamat dalam nahas itu menerima rawatan di hospital. Penerbangan Azerbaijan Airlines J2-8243 dilencongkan untuk pendaratan cemas disebabkan serangan burung. Bagaimanapun, Presiden Azerbaijan, Ilham Aliyev berkata, mengikut maklumat yang diterimanya, pesawat itu bertukar haluan kerana cuaca buruk. Tambah beliau, punca nahas belum diketahui dan siasatan menyeluruh sedang dijalankan. "Ini merupakan satu tragedi besar yang menjadi kesedihan yang amat besar bagi rakyat Azerbaijan," katanya. Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Kazakhstan, Kanat Bozumbayev berkata, 29 mangsa yang terselamat termasuk dua kanak-kanak sambil menambah 11 berada dalam keadaan kritikal. ARTIKEL BERKAITAN: Nahas pesawat: 28 terselamat, lebih 30 dikhuatiri maut ARTIKEL BERKAITAN: Pesawat bawa lebih 60 penumpang terhempas, sejumlah mangsa dikhuatiri maut Terdahulu, Kementerian kecemasan Kazakhstan dalam satu kenyataan menerusi Telegram pada Rabu mengesahkan seramai 67 individu, termasuk lima anak kapal menaiki pesawat berkenaan. Tular rakaman video di media sosial menunjukkan pesawat tersebut kehilangan altitud dengan cepat sebelum terhempas dan terbakar. Kelihatan kepulan asap tebal di lokasi kejadian. -Agensi Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube