LEBIH 30 penumpang dikhuatiri maut dalam insiden sebuah pesawat Azerbaijan terhempas di bandar Aktau di Kazakhstan, pada Rabu. Kementerian kecemasan Kazakhstan berkata, sekurang-kurangnya 28 mangsa terselamat dalam nahas itu, dan ini bermakna lebih 30 lagi dikhuatiri maut. Menurut kementerina itu, empat mayat sudah ditemukan. Kementerian itu mengesahkannya dalam satu kenyataan menerusi Telegram pada Rabu bahawa 67 individu, termasuk lima anak kapal menaiki pesawat berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Pesawat bawa lebih 60 penumpang terhempas, sejumlah mangsa dikhuatiri maut Tambahnya, 28 mangsa yang terselamat dibawa ke hospital. Agensi berita Rusia Interfax memetik kementerian sebagai berkata bahawa mungkin terdapat lebih ramai mangsa yang terselamat. Azerbaijan Airlines sebelum ini memaklumkan bahawa pesawat Embraer 190 itu melakukan pendaratan cemas, kira-kira 3 kilometer dari bandar itu, kata Pesawat itu pada asalnya dijadualkan melakukan penerbangan dari Baku, Azerbaijan ke bandar Grozny di Rusia. Menurut Azerbaijan Airlines, seramai 37 penumpang adalah warga Azerbaijan. Selain itu, mangsa yang lain terdiri daripada 16 warga Rusia, enam warga Kazakhstan dan tiga warga Kyrgyzstan. Jurucakap pihak berkuasa penerbangan awam Rusia, Rosaviatsia memberitahu, maklumat awal menunjukkan juruterbang memilih untuk melencong ke Aktau selepas serangan burung ke atas pesawat itu yang membawa kepada 'situasi kecemasan pada pesawat'. Tular rakaman video di media sosial menunjukkan pesawat tersebut kehilangan altitud dengan cepat sebelum terhempas dan terbakar. Kelihatan kepulan asap tebal di lokasi kejadian. -AP Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube