suria

Suami serang isteri hingga mati gara-gara ‘prank’ mulut disapu darah haid

Pihak polis menjalankan siasatan berhubung kejadian. Foto ThaiRath

SEORANG suami tergamak menyerang isterinya hingga mati gara-gara gurauan (prank) mangsa menyapu darah haid pada mulutnya.

Bagaimanapun, suspek berusia 35 tahun itu tampil menyerah diri di balai polis susulan kematian isterinya.

Insiden berlaku di kawasan sawah padi di wilayah Isaan, Ubon Ratchathani, Thailand pada Ahad lalu.

Suspek mendakwa isterinya berusia 35 tahun rebah dan tidak sedarkan diri selepas serangan itu. Dia menunggu di tempat kejadian, mengandaikan isterinya akan sedar semula, tetapi meninggal dunia.

Namun menurut saudara dan saksi, suspek dan mangsa sering bertengkar sebelum ini tetapi tidak dapat mengesahkan insiden tragis yang membawa kepada kematian mangsa.

Polis sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian tersebut, dan menunggu laporan bedah siasat ke atas mayat mangsa.

Suspek yang ditahan kini didakwa mengikut Seksyen 290 Kanun Jenayah Thai kerana melakukan serangan fizikal sehingga menyebabkan kematian. Jika sabit kesalahan, dia berdepan hukuman penjara tiga hingga 15 tahun.

Sebagai peringatan, perbuatan keganasan adalah salah di sisi undang-undang dan dilarang dalam Islam, maka semua perlu menjauhinya. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain